Cara Beli Barang Dari Jepun Dengan ZenMarket | Daftar Dan Dapat Free 300 Yen

Assalamualaikum dan konnichiwa! Hari ni saya nak share cara beli barang dari Jepun dengan ZenMarket. So kalau korang adalah peminat barang Jepun macam G-Shock, ataupun peminat anime yang nak beli barang anime macam CD, figurine, WAJIB baca artikel ini.

Cara Beli Barang Dari Jepun Dengan ZenMarket

So haritu dekat TikTok dan Instagram, saya ada share buku-buku bahasa Jepun yang baru saya beli dan ramai tanya dekat mana nak beli buku-buku tu. Yelah, buku-buku ni kebanyakannya memang tidak ada jual di Malaysia. Kalau korang cari dekat Shopee, Lazada, ataupun Kinokuniya (kedai buku Jepun paling besar dekat Malaysia) pun memang susah nak cari. Kalau ada pun cepat sold-out dan harga memang tak payah citer memang konfem mahal.

@_nurulrasya

Japanese language books haul #booktok #studytok #bookshaul #japaneselanguage #japanesebooks #amazonhaul2021

♬ DJ Kimi No Toriko Minta Poto – DJ Ayu Party
@_nurulrasya

Answer to @aimimi0105 Where to buy textbooks to learn Japanese language #nihongobenkyou #belajarbahasajepun #japaneseteacher

♬ Grant Schaffer Youtube Cover Put Your Head On My – Grant Schaffer

So macam saya, saya beli dari Amazon Japan direct sebab saya memang dah ada account Amazon Japan berkat duduk sana 6-7 tahun. Tapi website ZenMarket ni lagi senang nak beli barang yang korang nak.

Sebab apa?

Kelebihan Guna ZenMarket

  • Hampir semua online website boleh guna dengan ZenMarket
    • Nak beli barang anime ataupun Manga? Boleh beli daripada Animate.
    • Barang murah macam Shopee? Rakuten dan Amazon Japan boleh guna.
    • Nak bid barang branded macam G-Shock dekat Yahoo Auction? Beres. Mondai arimasen. No problem.
    • Dan lain-lain website, majoriti semua boleh guna ZenMarket.
  • Tak payah pening-pening guna Google Translate untuk faham bahasa Jepun. Kalau berminat nak belajar bahasa Jepun dan tak tau nak mula belajar bahasa Jepun macam mana boleh tekan sini.
  • Customer service di ZenMarket ada orang Melayu dari Malaysia so kalau ada masalah, atau ada apa-apa soalan boleh direct tanya dalam bahasa Melayu.

Cara Beli Barang Dari Jepun Dengan ZenMarket

  1. Daftar akaun ZenMarket dengan click link ni. Kalau daftar sekarang, boleh dapat diskaun 300 yen. Takdelah banyak sangat tapi kalau convert ke duit Malaysia dalam 11 ke 12 ringgit.
  2. Lepas dah sign up, dah boleh terus check website-website yang berminat. Contoh:
    • Rakuten Japan – macam Shopee version Jepun. Dulu selalu beli baju dan kardigan comel-comel dari sini.
    • Amazon Japan – ni lebih kurang Rakuten juga cuma Amazon ni syarikat dari US so barang dari luar negara macam US, UK pun ada. Nak beli Kindle atau ebook, lagi senang guna Amazon.
    • Animate – peminat anime atau manga mesti kenal dengan nama ni. Dekat sini korang boleh beli barang anime. Dulu masa kat Jepun selalu juga pergi kedai dia tapi sekarang zaman internet di hujung jari, boleh beli online. Senang.
    • Yahoo Auction – seller yang buat bundle or jual barang branded macam G-Shock dari Jepun mesti dah kenal dengan Yahoo Auction. So dekat Yahoo Auction, kita boleh bid barang yang kita nak dan selalunya barang tu kita boleh dapat lagi murah dari harga original. Dulu saya beli buku set Harry Potter harcover pakai Yahoo Auction dalam rm100 je. Mana nak dapat kalau bukan di auction.

Kalau prefer Youtube tutorial, boleh tengok bawah.

Kalau nak tahu lagi lanjut, boleh tengok gambar bawah dan tekan gambar tu dan dia akan bawa ke website.

Daftar Akaun ZenMarket Dan Dapatkan 300 Yen Sekarang
Cara Untuk Cari produk Jepun Tanpa Faham Bahasa Jepun
Cara Untuk Menggunakan Rakuten Jepun Dengan ZenMarket
Cara Gunakan Amazon Japan Dengan ZenMarket
Cara Buat Pembelian Dari Animate
Cara Guna Yahoo Auctions

Tengok website animate dah start perangai nak beli manga dengan official goods. Tunggu gaji je ni.

resize image.php?image=10367024 1

Oikawa Ikemen. Bagus untuk letak kat meja study sebagai pembakar semangat tengah malam buat assignment untuk master study. Lagi 3 sem saja guys. Doakan.

resize image.php?image=10367021 1

Sama dengan atas. Stylo sangat.

resize image.php?image=41002318 1

Target bulan ni untuk beli novel Jujutsu Kaisen. Perks of knowing Japanese *flip hijab*

Anyway happy shopping dan doakan saya dimurahkan rezeki untuk beli manga.

Total
0
Shares
4 comments

Leave a Reply